+Follow|Dashboard

// y u p , T h a t ' s m e
Think u are perfect ? Think Again. Jangan pikir kau bagus sangat la . Cermin diri sendiri dulu la wehh :D



Credits..
Template by : ❤ Faaiza Sharif
Image by : kawaii
Background : ❤ FPA
Also thanks to: ❤ Syazana Sharif



01 April 2013
First day as a teacher @ 4:35 PM | 0 talkative person(s)

Sangat seronok even sedikit penat.




❤ older posts /
22 March 2012
yey result SPM dah keluar @ 8:25 AM | 0 talkative person(s)



First of all , nak ucap jutaan terima kasih buat guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu aku dalam SPM . 


Alhamdulillah aku telah mendapat keputusan yang cemerlang 12 A ++ dalam SPM !!! 

Teruja bak hang ! kalo dapat Ferarri satu sedap nie . tp impian hanya maya semata-mata . HAHAH . Btw congret utk adek-adek and junior aku di sekolah lama . seramai 4 org mendapat A rata . tahniah diucapkan kerana mampu untuk membanggakan sekolah . aku juga turut menumpang gumbira . skali skala menumpang kegembiraan org lain even hati nie tak rasa gumbira langsung dengan bebanan asignment yang mencapai tahap yang maximun ! * over sudeh . So cepat-cepat lah isi borang utk masuk maktab . teringat zaman aku dolo-dolo kala . sebuk dok bli paper tiap hari nak cari sponser . result pon macam toeng ada hati nak cari sponser . xpe di mana ada usaha di situ ada jalan . mana nak taw rezeki dtg depan mata so aku rebut jela kan . lagian pula , rezeki bukanya datang bergolek-golek . ok straight to the point ak nak ceritera psl ak nak isi borang KPLSPM . lepas dpt result terus ph beli no pin sbb excited sgt nk msok IPG nie . isi-isi dan terus mengisi borang dan akhirnya submit . aku bersepakat dengan kata hati bapak aku untuk memilih kos Pendidikan Pemulihan Khas dan Matematik . aku nak sgt kos Matematik tp disbbkan aku merasa result ak tak strong utk ak ke kos itu so ak memilih Pemulihan Khas sebagai pilihan utama dan pilihan kedua ialah Matematik . Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinya aku terpilih untuk temuduga utk memasuki maktab . hati berbunga-bunga bab taman yang dipenuhi bunga yang subur . Malang sekali pabila keputusannye menyedihkan ! ak tak dapat weh ! frust bagai nak rak mcm org nak putus cinta . tak caye ? bace sini !  pape pon bersyukur jugak sbb lastly sila bace sini pulak . ak malas nak cerita balek . haha

Sekadar gambar hiasan dari Kaiwaii

❤ older posts /
17 February 2012
muhasabah diri sebentar @ 8:18 PM | 0 talkative person(s)



Dalam kita melangkah kadang - kadang diuji dgn ujian yg terasa BERAT
hingga kita terduduk dan menangis
Peritnya terasa tak terkira
tapi ketahuilah dan renunglah kembali ke dalam diri
kerana mungkin air mata itu hadir
kerana Dia mahu kita menjahit kembali 
sejadah keimanan yang kian terkoyak



Apabila berlaku kekeliruan

antara hati dan fikiran
pandanglah dengan MATAlihatlah dengan HATI
Fikirlah dengan AKAL
Renunglah dengan IMAN
Insya-Allah
yang tersurat dan tersiratakan terbentang
kerana menjadi pejuang bukan seindah kata - kata
kadang - kadang berlawan dengan kehendak diri
Sampai hilang pertimbangan 
moga alunan kalam takzir dari Nya
sentiasa bersama kita 



Bangunlah wahai roh pejuang agama fitrah

bermujahadahlah dengan ilmu yang terpatri didada
walau seketika cumakerana kitalah harapan kekasih Allah
maka itu jangan kecewa dengan masalah hari ini
sehingga lupa akan kebahagiaan esok
kerana mungkin esok Allah
menyediakan sebuah kebahagiaan untukmu
sebagai hadiah ketabahan hari ini.



Selangkah ke alam perjuangan 

bererti selamanya dalam kepahitan
biarlah kita menangis
terluka, kecewa, dan ditinggalkan
daripada mati terkambus tanpa mujahadah
kita tak sanggup terluka selamanya



Tapi ingatlah 

setiap titisan darah dari luka itulah mahar kita ke syurga
bila ditanya kenapa perjuangan itu pahit???
jawabnya kerana syurga itu manis



kadang - kadang dalam hidup

Allah tak sentiasa bagi apa yang kita mahukan
tetapi sebenarnya Dia bagi
Apa yang kita perlu untuk penuhi apa yang kita mahu
kadangkala Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan
Sesungguhnya sabar adalah ubat segala derita
dan ingatlah bahawa berkat kesabaran itu
pasti menanti sebuah kebahagianNYA



pesanlah kepada dirimu

tabahkan hati
kukuhkan iman
banyakkan zikrullah



PESANLAH pada nalurimu

janganlah mengeluh
janganlah kecewa
benarlah nikmat Islam itu indah
dan benarlah Allah itu Maha Adil
tatkala Dia mencipta jalan dakwah ini keruh dan berliku
Dia cipta pula nikmat UKHUWWAH yang manis dan indah
ketika mana Dia menjadikan perjalanan ini jauh dan panjang
Dibekalkan pula dengan pedoman Quran dan Sunnah
Cantiknya aturan Allah
Hingga tiada siapa yang mampu menandingiNya... 




❤ older posts /
25 January 2012
Kami tidak berpuas hati menjadi pelajar IPDA @ 12:59 AM | 2 talkative person(s)


ye ! memang tidak puas hati . Persoalan pertana , kenapa la IPG lain dapat elaun awal untuk bulan 1 tapi kami dapat lambat ? kenapa ? THIS IS NOT FAIR . Kami jugak macam student-student yang lain , memerlukan wang dan duet untuk keperluan hidup . Kami mau makan apa if tak ada duet ? Kesihanilah kami ! Kesihani lah juga kepada student yang berbangsa Cina sebab diorang memerlukan wang untuk menyambut Chinease New Year . Btw , Happy Chinease New Year buat teman-teman yang berbangsa cina yang berada di IPDA dan di seluruh dunia . ok , sambung balik tentang ketidakpuasan kami menjadi pelajar IPDA . Persoalan kedua , kenapa kami jugak tidak layak menerima baucer unutk membeli buku sebanyak RM200 seperti mana student di IPTA / IPTS dapat ? Saya ulang , TIDAK LAYAK ! THIS IS NOT FAIR
tetapi kami juga bersyukur menjadi pelajar IPDA kerana kami sebenarnya menerima baucer bukan hanya RM200 ringgit sahaja malah RM600 . Perrgghh . Banyak tu .
p/s : Tuan Pengarah tolong la tandatangan surat elaun kami untuk bulan 1 . itu yg kami harapkan skrg

❤ older posts /