17 February 2012
Dalam kita melangkah kadang - kadang diuji dgn ujian yg terasa BERAT
hingga kita terduduk dan menangis
Peritnya terasa tak terkira
tapi ketahuilah dan renunglah kembali ke dalam diri
kerana mungkin air mata itu hadir
kerana Dia mahu kita menjahit kembali
sejadah keimanan yang kian terkoyak
Apabila berlaku kekeliruan
antara hati dan fikiran
pandanglah dengan MATAlihatlah dengan HATI
Fikirlah dengan AKAL
Renunglah dengan IMAN
Insya-Allah
yang tersurat dan tersiratakan terbentang
kerana menjadi pejuang bukan seindah kata - kata
kadang - kadang berlawan dengan kehendak diri
Sampai hilang pertimbangan
moga alunan kalam takzir dari Nya
sentiasa bersama kita
Bangunlah wahai roh pejuang agama fitrah
bermujahadahlah dengan ilmu yang terpatri didada
walau seketika cumakerana kitalah harapan kekasih Allah
maka itu jangan kecewa dengan masalah hari ini
sehingga lupa akan kebahagiaan esok
kerana mungkin esok Allah
menyediakan sebuah kebahagiaan untukmu
sebagai hadiah ketabahan hari ini.
Selangkah ke alam perjuangan
bererti selamanya dalam kepahitan
biarlah kita menangis
terluka, kecewa, dan ditinggalkan
daripada mati terkambus tanpa mujahadah
kita tak sanggup terluka selamanya
Tapi ingatlah
setiap titisan darah dari luka itulah mahar kita ke syurga
bila ditanya kenapa perjuangan itu pahit???
jawabnya kerana syurga itu manis
kadang - kadang dalam hidup
Allah tak sentiasa bagi apa yang kita mahukan
tetapi sebenarnya Dia bagi
Apa yang kita perlu untuk penuhi apa yang kita mahu
kadangkala Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan
Sesungguhnya sabar adalah ubat segala derita
dan ingatlah bahawa berkat kesabaran itu
pasti menanti sebuah kebahagianNYA
pesanlah kepada dirimu
tabahkan hati
kukuhkan iman
banyakkan zikrullah
PESANLAH pada nalurimu
janganlah mengeluh
janganlah kecewa
benarlah nikmat Islam itu indah
dan benarlah Allah itu Maha Adil
tatkala Dia mencipta jalan dakwah ini keruh dan berliku
Dia cipta pula nikmat UKHUWWAH yang manis dan indah
ketika mana Dia menjadikan perjalanan ini jauh dan panjang
Dibekalkan pula dengan pedoman Quran dan Sunnah
Cantiknya aturan Allah
Hingga tiada siapa yang mampu menandingiNya...
❤ older posts / newer posts ❤