19 April 2011
assalamualaikum .
ni la esey penyata hasrat nk jadi seorg guru .
pueh ak google , pueh ak edit , pueh ak roger ,
then ni last hasilnye .
PENYATA HASRAT
Dunia guru berbeza dengan dunia yang lain. Profession perguruan merupakan profession paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Semangat untuk menjadi seorang guru membara apabila menyedari bahawa tugas seorang guru adalah paling mulia. Seperti orang lain yang pernah mempunyai cita-cita menggunung, aspirasi diri juga pernah begitu tinggi. Sejak dibangku sekolah lagi, saya sudah tetapkan impian untuk menggengam profession ini. Menjadi seorang guru bukan atas dasar kebetulan atau keterpaksaan juga bukan kerana mahukan pekerjaan sambilan untuk menjadi batu loncatan. Oleh itu, saya memilih untuk menjadi guru pemlulihan khas (GPK).
GPK ialah pendidik yang sangat istimewa kerana mereka mendidik murid yang istimewa juga. Faktor utama untuk saya memilih menjadi seorang GPK ialah minat. Minat memainkan peranan yang sangat penting dalam memilih bidang pekerjaan. Jika timbul perasaan minat untuk melakukan sesuatu pekerjaan maka kerja itu akan dilakukan dengan penuh bersemangat dan besungguh-sungguh. Saya amat berminat dan suka akan kanak-kanak. Hal ini timbul apabila saya pernah mengikuti pembelajaran kelas pemulihan khas di sekolah ibu dan beliau juga merupakan salah seorang GPK di salah sebuah sekolah di daerah Kerian.Dari situlah saya mendapat dorongan dan semangat untuk menjadi seorang GPK.
Selain itu, tugas sebagai GPK memerlukan pengorbanan dan cabaran yang sangat tinggi. Saya memang gemar akan sesuatu yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, ia memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi dan dalam masa yang sama nilai dan sifat sabar dapat dipupuk dalam diri saya. GPK juga bagi saya dapat memberi pengalaman kepada saya dan juga memberi serba sedikit pengetahuan tentang sikap-sikap murid khas. Jadi, saya harus menempuhi cabaran sebagai GPK demi merealisasikan matlamat serta tujuan hidup yakni mencari keredhaan Allah sebagai seorang pendidik. Namun menjadi seorang GPK adalah pilihan, menjadi GPK adalah panggilan nurani, menjadi GPK adalah jalan hidup, menjadi GPK adalah persemaian cita-cita dan bahkan menjadi GPK merupakan pengabdian yang tulus untuk sebuah cita-cita besar.
Seterusnya dengan niat untuk membantu murid yang lemah dalam matapelajaran. Saya sangat bersimpati kepada murid-murid yang tidak tahu mengenal huruf atau tidak tahu mengira.Sedangkan mereka mesti tahu dan mahir dalam 3M iaitu mengira, membaca dan menulis.Matlamat saya apabila menjadi GPK adalah untuk memulihkan mereka supaya dapat masuk ke dalam kelas aliran perdana. Apa-apa pun sebagai bakal pendidik, saya akan sentiasa ingin mencuba sesuatu perkara yang baru.
Betapa besarnya peranan seorang guru sehingga kita sering mendengar sajak, adanya Perdana Menteri kerana adanya guru, adanya Raja kerana adanya guru, adanya ulama kerana danya guru, adanya Presiden kerana adanya guru.
p/s : smoga puan/encik/cik penemuduga meluluskan ak n xtye soalan yg ak xtwu . amin !
THE END =)
❤ older posts / newer posts ❤